Search This Blog

Tuesday, October 19, 2010

Stress Lawannya Solat

Stress Lawannya Solat
------------------------------------
(Cemerlang, Management, Solat, Dakwah)

Solat fardhu lima waktu dan solat sunat (nawafil) berkeupayaan memberi ketenangan dan mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk mampu memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina kecergasan minda. Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT. Dalam usaha mencapai hakikat khyusuk ini, maka kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wudhuk dengan sempurna, melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk, iktidal, sujud, thoma’ninah serta memahami isi bacaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’aarij ayat 19-22:






Maksudnya: ”Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang.”

Berdasarkan ayat ini, ternyata keistimewaan amalan ibadah khusus membuktikan bahawa Islam telah menyediakan pakej penjagaan kesihatan fizikal (jasmani) dan spiritual (rohani) yang begitu diperlukan oleh manusia tanpa perlu taksub kepada konsep penjagaan kesihatan yang lain.