HARTA YANG MENGUNTUNGKAN
"!
Noor Liza Abd Rahman "!
Search This Blog
Wednesday, March 16, 2011
Tuesday, March 15, 2011
INDAHNYA KEMATIAN
INDAHNYA KEMATIAN
MATI itu pasti menjemput manusia!
Nabi Muhammad sendiri menasihatkan para sahabat supaya sentiasa mengingati mati.
Kita perlu yakin ada kehidupan kedua selepas kematian yang membuatkan kita sentiasa berusaha menyiapkan diri sebaik mungkin untuk menghadapinya.
Kematian sememangnya amat 'PERKASA' sehinggakan seorang raja yang paling berkuasa sekalipun tidak terlepas daripada kematian jika tiba ketikanya.
Kematian juga bukan titik akhir bagi kehidupan tetapi ia satu perpindahan di mana bagi seorgang yang banyak melakukan kebaikan ketika hayatnya kematian adalah pintu gerbang untuk memasuki hidup baru yang lebih indah.
Ramai yang melihat mati sebagai malapetaka yang merampas nikmat hidup lalu mereka memilih jalan hidup dengan berhibur sebelum tiba saat kematian.
Ada yang mengatakan selagi masih hidup inilah untuk mencuba semua perkara termasuk perkara mungkar. Ada juga golongan yang Allah kurniakan memiliki usia yang panjang. Namun pada pandangan Islam, hidup yang makmur dan berjaya adalah apabila orang itu cemerlang dalam ibadah, peribadi dan keluarga, hidup bermasyarakat, ilmu dan harta.
Itulah sebabnya orang Islam yang berumur panjang tetapi tidak produktif ketika hayatnya sama seperti orang berumur pendek.
Terdapat sebuah kisah cucu kesembilan Nabi Muhammad Sallahhualaihisalam yang bernama Ai Al-Hadi dimana pada satu hari, beliau melawat seorang yang sakit tenat.
Raut wajah pesakit itu jelas menunjukkan kegelisahannya. Ai Al-Hadi berkata kepadanya, "Sebenarnya saudara kurang jelas dengan kelebihan kematian, lalu berasa takut dengannya",
"Beritahu saya, apabila ada kotoran melekat di badan sehingga saudara berasa tidak selesa, apa tindakan saudara seterusnya? Adakah saudara akan mandi atau pun biarkan saja? Pesakit itu menjawab, "lebih baik saya mandi dan bersihkan diri".
Ali Al-Hadi berkata, "ketahuilah, kematian itu seperti bilik mandi". Itu peluang terakhir kita membersihkan diri bagi menghilangkan segala kekotoran dan keburukan.
"Apabila kematian menjemput saudara sekarang saudara pasti bebas daripada semua derita dan kepedihan. Saudara akan bahagia selama-lamanya selepas ini".
Selepas mendengar penjelasan Ali Al-Hadi itu, pesakit berkenaan berubah menjadi ceria di mana wajahnya yang gelisah menjadi damai.
Kemudian dia menutup mata dengan tenang, menyerah diri kepada kematian sambil mengharap kasih sayang Allah.
Justeru, selagi kita bernafas, Allah sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada kita untuk menyucikan diri.
Peluang itu wujud dalam bentuk taubat bersungguh-sungguh dengan menyesali perbuatan buruk dan berazam memperbaiki diri.
Nabi Muhammad mengajar kepada kita satu doa:
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan atas dosa-dosa yang aku sedari dan dosa-dosa yang tidak ku sedari, dosa-dosa yang aku ketahui serta yang tidak ku ketahui".
YYYYYYYY
YHadapi Ajal Dengan Senyuman Y
YSentiasa lah Mengingati KematianY
YItu lah Indahnya Kematian Y
YYYYYYYY
ZZ Z
Noor Liza Abd Rahman
Z ZZ SIRAH HIDUP / THE BIOGRAPHY OF LIFE / سيرة الحياة
SIRAH HIDUP / THE BIOGRAPHY OF LIFE / سيرة الحياة
Dunia ibarat kertas lembayung
The world is like crimson sheet
العالم هو مثل ورقة قرمزي.
Manusia adalah pelakon utamanya
Humans are the main actors
البشر هي الجهات الفاعلة الرئيسية
Malaikat pula jurugambarnya
Angels are the photographersالملائكة هي المصورين
Islam itu jalan ceritanya
Islam is the story
الإسلام هو قصة
Kiamat itu kesudahan pengambaran
It’s the end of film shooting for resurrection
انها نهاية الفيلم لاطلاق النار القيامة
Padang Mashyar adalah tempat penganugerahan
Mashyar field is where the place of neither winning nor looser giving award
الحكم الحقل حيث لا مكان ولا الفوز منح جائزة الخسران
Rasullullah adalah penerima anugerah terbaik
The best recipient award goes to Prophet
جائزة أفضل المتلقي يذهب إلى النبي
Allah Subhanataangla adalah hakimnya
Whereby God (ALLAH) is the Judge
حيث الله هو القاضي
Sementara itu, SYURGA Dan NERAKA adalah trophi nya
Meanwhile, HEAVEN and HELL is the trophy
وفي الوقت نفسه ، الجنة والجحيم هي الكأس
***
Noor Liza Abd Rahman
نور ليزا عبد الرحمن
***
Subscribe to:
Posts (Atom)